FacebookTwitterHomeThem

Jalan cerita aku.

Salam alayk 
Setelah lama tidak aku menulis tentang rasa di dunia blog ini. Ada satu tarikan yang membuatkan untuk aku buka semula. Mungkin ada cerita yang perlu aku kongsikan. Pastinya aku ada sedikit berubah berbanding dulu. Maaf kerana khilafku. Jauh sekali aku dengan Tuhan pada saat ini dan aku sedang mencari cari dimana aku yang dulu. Yang kuatnya jaga hubungan dengan Tuhan. Yang tidak melatah bila ditimpa ujian.. 

Yang boleh aku kongsikan saat aku tamat zaman persekolahan. Aku mula bebas di luar. Bebas seperti anak muda lain yang cintanya pada dunia sangat kuat. Itulah yang berlaku pada aku. Ya Tuhan, berdosanya aku kerana tersilap langkah. Aku menjauhi Kau, dan aku mula cinta pada manusia yang tidak pastinya kelak dia akan jadi milik aku atau bukan.

Pada mulanya, aku rasa aku cukup kuat untuk hadapi segala manusia di luar sana. Aku yakin yang aku tidak akan diuji oleh yang bernama lelaki. Tetapi tidak.. Aku diuji oleh seorang lelaki. Lelaki yang pernah berlatarkan agama. Yang pernah hafaz 30 juzu' al-quran. Yang jaga hubungannya dengan Tuhan. Pada mulanya aku suka dia sebab dia mempunyai perwatakan seperti yang aku mau. Mulanya aku nampak dia sangat baik dan jaag hubungannya denga Tuhan. Lama kelamaan bila aku kenali dia dengan lebih lama, satu persatu aku nampak buruk baiknya. 

Aku tertarik pada kebaikannya. Hubungan kami cecah 1 tahun lebih. Tapi jodoh kami tidak berpanjangan.. Tuhan tarik nikmat waktu kami bersama. Suka duka bersama. Akhirnya, lelaki yang aku sayang itu pergi tinggalkan aku. Bukan sekali dua. Kira kira yang aku ingat, 3 kali dia pergi tinggalkan aku. Buat pertama kali dan kedua itu, aku masih maafkannya. Dan akhir sekali... aku anggap jodoh kami tidak panjang. Tuhan mahu aku jadi wanita yang baik. Kadang aku rindu. Tapi salah aku juga. Yang terlalu sayang sampai tidak nampak salahnya. 

Ramai juga yang menasihati aku. Agar tabah. Aku seringkali menangis. Kerna aku rasa dia lah jodoh terbaik buat aku. Nyatanya, tidak. Aku kenal dengan orang tua nya. Dia juga kenal dengan keluargaku. Kadang aku masih berharap pada dia walaupun aku sudah nampak dia sedang ada hubungan dengan perempuan lain.

Sekarang ini, aku lihat dia tidak lagi bersama perempuan itu. Lega hatiku. Bukan kerna apa, sebab perempuan itu, pernah datang masa awal waktu hubungan kami. Sampai sekarang aku masih tidka boleh memaafkan perempuan itu. Lelaki yang aku sayang itu juga, kadang aku benci. Kadang aku sayang.

Sejak sejak ini, aku rajin untuk stalk dia. Mungkin rindu. Mungkin sekadar ingat lihat bagaimana kehidupan dia. Aku terfikir, mengapa dan kenapa kau masih lagi letak gambar waktu kita keluar bersama dulu. Adakah kau rindu sama aku? Kadang aku pujuk diri aku. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Jangan sesekali berpatah balik pada jalan yang lama. 

Aku harap, lama kelamaan aku mampu untuk melupakan kisah aku dan engkau. Sekarang kira kira baru 5 bulan. Belum sampai setahun untuk aku kuat tidak mengingati kau. Moga Tuhan bantu. Moga Tuhan hadiahkan kebahagiaan setelah kesedihan yang aku lalui selama ini.

Terdapat seribu kali hikmah yang Tuhan berikan. Kau bukanlah yang terbaik untukku. Moga Allah bukakan hati engkau untuk kembali ke jalanNya..

11:29pm 15/10/2016

Terima Kasih kerana membaca, datang lagi :DD